Sunday, March 16, 2008

Detik-Detik Jin Online Akan Muncul

Game Eudemons Online yang telah lama aku main sejak mac 2007 lagi sekarang akan tiba dalam versi melayu, memang aku ingin menjadi golongan yang pertama bermain game ini nanti. Sekarang installer jin online sudah berada di tangan ku hasil dari kesabaran menunggu dengan penuh sabar tidak henti-henti, biasalah download pakai torrent kena sabar2 lah kalau x ,x dapat agagagagag. walaupun seed hanya ada 3-4 orang semasa aku download tersebut namun usaha itu tetap diteruskan. sekarang giliran aku pulak tolong "seed"kan. akaun dah ada jin dah install sekarang strategi pulak. Aku percaya bukan aku sorang sahaja orang lama yang main EO tapi di luar sana pasti ada orang-orang lama yang sudah sebati jiwanya dengan EO sedang rancak memikirkan strategi2 yang akan di lakukan nanti begitu juga dengan para pemain baru JO. Kesibukan GM2 sekarang pastinya semakin bertambah agar perlaksanaan open beta nanti akan dilancarkan dengan sempurna, selepas pembukaan beta nanti kerja2 menaiktaraf JO pasti akan menjadi lebih hangat daripada biasa..hihihihi. Teruskan usaha GM2 ,semoga jin akan terus naik di mata gamers2 malaysia..blog ini akan aku teruskan seiring dengan permainan aku dalam JO nanti. Buat masa ini akaun aku di Global Server Sydney pasti akan menjadi dingin apabila aku mula bermain jin. Sedih rasanya untuk meninggalkan character tersebut kerana selama aku bermain EO pelbagai peristiwa dan pahit maung aku lalui untuk membuat char tersebut.Kalaulah boleh aku transfer masuk akaun jin kan best.hihihihihi.

sekian~~