Tuesday, March 18, 2008

Semakin Hampir

lusa JO bakal di "open beta" ,semuanya bagi diri aku sudah bersedia menghadapi pemain2 disana, mungkin dgn adanya group gong badak aku akan lebih semangat bermain. Tapi keinginan aku untuk buat yang terbaik lebih baik dari eo harap tercapai. Macam2 celoteh budak2 forum tuh sampai aku pon terasa nak pening. harap2lah lps nih jgn lah bincang perkara2 yg tidak ada kaitan dgn topik, klu ckp mcm tuh x ubahnya seperti forum itu mempunyai satu topik sahaja padahal ia boleh membincangkan banyak perkara.budak2 baru yang bertanya pon sukar mengetahuinya dengan lebih lanjut kerana sesetengah forumer, perkara tersebut dilencongkan kepada benda2 lain . aku mengaku lah sebelum ni pon aku ada jugak post2 yg tidak ada kaitan tpi skrng aku rasa stop jerlah buat mcm. aku taulah diorong borak entah apa2 entah pasal nak naikkan post diorng, nak jadi yg terbanyak lah katakan biar orang tgk dia lebih ganas dan berkeyakinan.Tapi aku rasa ada lagi cara lain contohnya macam perbincangan mengenai paladin, ramai yang mungkin tertanya2 apakah itu sebenarnya ,kepada mereka2 yang pernah main char ini mungkin di server "cetak rompak" mahupun mengetahuinya dari forum2 yang lain, mereka2 ini bolehlah bercakap mengenai apa yg dia rasa mengenai char tuh, dan bagi yang belum tahu ia mungkin mengambilnya sebagai satu panduan kelak. ini tidak melencong dari topik yang di bincangkan. bagi2 pembaca2 pula jangan lah malas ataupun segan silu untuk membalas mengenai topik tersebut kerana komen dan pendapat anda itu mungkin akan meneruskan semangat untuk berkongsi lain2 ilmu kepada yang lain2 mahupun dirinya sendiri mengenai topik yang lain pula. Banyak lagi topik2 lain yang patut dikongsi bersama mcm cara2 nak buat duit,buat exp ball, tips2 composing, leveling , pemilihan jin mcm2 ah klu dipikirkan. ingat yer para pembaca forum jangan lupa memberi cadangan komen ,ucapan terima kasih mahupun balasan dan idea bagi topik tersebut jika seseorang forumer memberi idea2 mahupun pengalaman mereka dalam bermain eo. Jangan melencong dari topik yang dibincangkan. Aku pikirkan ini bukan sekadar nasihat kepada korang semua tapi sebagai peringatan kepada diri aku sendiri.

sekian~~